Pages

9 Aug 2015

Travel Sewing Kit

     Sewing kit ini adalah salah satu dari barang EDC atau Everyday Carry yang sentiasa ada didalam beg. Tujual asal beg versi kuning ialah untuk membawa projek Hexagon English Paper Piecing (EPP) yang telah dimulakan 3-4 tahun lepas. Projek EPP ini dalam fasa untuk mencantum kesemua bunga-bunga hexagon. Saya akan cuba menceritakan pasal EPP projek ini lebih lanjut kemudian. Tujuan beg versi merah pula ialah sebagai pendua atau ganti kepada DIY Sewing Kit yang pernah diceritakan disini.

     Beg ini diispirasikan dari tutorial Zipped Sewing Travel Case oleh Melissa@ohhow.sweet.com dan diubahsuai mengikut citarasa sendiri.


     Bahagian luar versi kuning adalah dari lebihan cebisan hexagon. Semua jahitan untuk beg ini menggunakan tangan tanpa bantuan mesin. Ini kerana beg ini dijahit semasa bekerja shift malam dan mengambil masa 3 malam untuk disiapkan. Hasilnya sangat fleksibel berbanding jahitan mesin dan senang dijahit terutama bahagian kemasan tepi yang berbuju bulat. Jahitan zip juga adalah lebih senang dengan meggunakan tangan daripada mesin. Kekurangan jahitan tangan pula ia adalah lebih lambat. Tetapi jahitan tangan memberi lebih rasa dan terapi yang baik untuk tangan dan minda.


    Bahagian dalam beg mengandungi 2 tempat isian dan satu tempat zip berplastik. Plastik yang digunakan cuma plastik pembalut buku biasa. Plastik ini mudah nampak renyuk tetapi berfungsi seperti yang dihendaki. Ditengah-tengah beg pula terdapat tali untuk memegang benang. Dihujung tali diletakkan butang ketip besi supaya benang boleh dikeluar masuk dengan mudah.



     Beg versi merah ini adalah lebihan projek selimut quilt merah. Bahagian dalam adalah lebih kurang sama seperti versi kuning cuma 2 tempat isian diterbalikkan ke atas dan dijahit tengah untuk mengisi barang kecil. Ini adalah untuk meyelesaikan masalah barang-barang terkeluar tetapi design ini juga masih gagal. Mungkin untuk seterusnya saya akan mencuba menggunakan getah sebagai pemegang.



Disini saya letakkan acuan untuk membuat beg ini sebagai rujukan masa hadapan.


˜@selamat menjahit@˜

No comments:

Post a Comment