Sebagai tambahan untuk produk mereka, Sizzix telah memperkenalkan Sizzix Fabi khusus untuk memotong kain. Pesaing terdekat mereka adalah Accuquilt yang sekian lama terkenal dikalangan "quilter". Saya tidak akan mengulas lebih lanjut tentang Accuquilt kerana saya tidak pernah menggunakan mesin ini. Walaubagaimanapun, Accuquilt adalah penyebab saya mengenal mesin pemotong dan berharap suatu masa nanti akan memiliki mesin yang boleh membantu saya memotong kain dengan lebih cepat dan tepat. Akan tetapi kerana harganya yang mahal dan susah kedapatan, saya hanya berharap akan ada satu mesin yang menyamai Accuquilt tetapi senang didapati. Hasilnya adalah Sizzix Fabi.
Sizzix Fabi ini dikatakan untuk memotong kain tetapi sebenarnya mesin ini adalah sama dengan mesin pemotong Sizzix lain tetapi berlainan warna dan design sahaja. Bezanya pada acuan atau die yang digunakan. Untuk "quilting", acuan quilting atau applique digunakan. Sizzix Fabi Starter Kit mengandungi mesin pemotong, 2 keping plastik dan 1 acuan Flower Layers #11. Kita juga boleh mencetak timbul jika menggunakan acuan "emboss".
Antara kedai-kedai yang menjual Sizzix Fabi dan acuan-acuannya:
- Spotlight - Berbaloi jika ada diskaun 40% kerana harganya seperti dinaikkan.
- Kraftezee - Ada diskaun 10% untuk ahli.
- Sus nd Felt - Terdapat banyak tutorial yang cute dalam blog.
Kelebihan:
- Boleh memotong kain sehingga 8 helai ( kain kapas).
- Boleh digunakan dengan semua acuan Sizzix yang lain kecuali yang besar-besar kerana bukaan mukanya hanya 6".
- Tidak perlu diasah.
- Memotong dengan kejituan besi.
- Boleh digunakan dengan acuan syarikat lain seperti Accuquilt jika digunakan dengan Multipurpose Extended Platform atau Sizzix Framelits yang nipis.
- Mengelek dengan mudah.
Kekurangan:
- Perlu digunakan dengan acuan. Acuan perlu dibeli dan setiap design berbeza acuan.
- Acuan sangat mahal.
- Banyak kain terbuang berbanding menggunakan "roller cutter" terutama potongan lurus.
- Tidak banyak pilihan acuan berbanding Accuquilt.
Belian (Tidak temasuk GST 6%):
Mesin - Spotlight rm249
Acuan HST 4 1/2 " - Spotlight rm71.99
Acuan Burung Hantu - Krafezee rm80.95
Multipurpose Extended Platform - Papier rm110
Acuan Tumbler - Spotlight rm71.99
Acuan HST 2 1/2" - Spotlight rm71.99
Acuan Apple Core - Spotlight rm107.99
Acuan Tiga Segi - Spotlight rm107.99
Contoh projek:
Menggunakan acuan HST 4 1/2" |
Menggunakan acuan Apple Core |
Kesimpulannya mesin ini mampu mepercepatkan kerja memotong anda dan masa yang lebih boleh digunakan untuk menjahit hasil potongan. Untuk memaksimumkan perlaburan anda adalah lebih baik membeli acuan yang susah untuk dipotong dengan "roller cutter" seperti Apple Core atau yang mengambil masa untuk dipotong seperti hexagon. Untuk hasil yang lebih tepat, acuan HST atau Tumbler juga bagus dibeli. Bagi yang gemar melakukan kraftangan berasaskan felt, mesin ini sangat disarankan. Anda boleh layari blog Sus nd Felt yang mempunyai banyak tutorial menarik.
Bagi quilter yang berminat dengan mesin ini dan sedang mengumpul maklumat acuan mana yang patut dibeli disini dilampirkan saranan dari Sizzix UK.
˜@Selamat Menjahit@˜
No comments:
Post a Comment