Rak benang ni dibeli dari CekSal. Beliau mahu berhenti dari menjadi tukang jahit jadinya banyak benda yang mahu beliau jual. Apetah lagi beliau akan berpindah ke rumah baru maka lebih baik barang-barang yang tidak perlu, dikeluarkan dari rumah sekarang.
Saya sudah lama mengidam untuk mendapatkan rak benang ini setelah melihat di rumah Kenor. Beliau membeli rak terpakai ini juga dari kedai yang sudah tutup perniagaan. Bila ada rak ini di dalam bilik menjahit terasa seperti tukang jahit profesional. Tetapi setelah membuat pencarian di alam maya, niat itu terbantut kerana harganya yang agak mahal tidak berbaloi dengan barang. Jadinya keinginan itu terpendam sahaja.
Keadaan rak semasa diangkut dari Kuala Terengganu sedikit comot dan kotor. Selepas dibawa pulang, rak ini terus dibersihkan secepat mungkin untuk mengelakkan haiwan tidak diingini bertandang. Tombol laci juga disembur cat Sky Blue dari Toa Spray untuk menyesuaikan rak dengan tema bilik.
Bagi memudahkan pergerakan kerana rak ini turut berfungsi sebagai tempat menjahit secara berdiri, saya memasang roda kecil berwarna putih yg dibeli dari kedai Mr DIY.
Laci sebanyak 8 buah itu juga digunakan untuk menyimpan benang selain yang dipamerkan, zip, getah, tali bias, renda dan alatan menjahit lain.
Duit yang dikeluarkan:
Rak
Benang Astra 250m pelbagai warna 50 biji
Gunting Silver Phoenix 240mm
Pengeras pinggang
Benang getah
Gunting benang kecil
Pengeras leher baju kurung
= rm200
Roda = rm10
Cat= rm0 ( apa yang ada dirumah)
˜@Selamat Menjahit@˜
No comments:
Post a Comment