Pages

12 Aug 2015

Review untuk Sizzix Fabi

     Sizzix merupakan salah sebuah syarikat yang mengeluarkan mesin pemotong beracuan Sizzix Shot dan terkenal dikalangan peminat "scrapbook". Lain-lain syarikat yang mengeluarkan produk yang hampir sama ialah antaranya Spellbinder,  Cricut Cuttlebug dan Xcut Xpress. Ada juga pemotong elektrik yang tidak memerlukan acuan antaranya seperti Craftwell Cut N Boss, Cricut Explore, Silhoutte Cameo dan Brother ScanNCut.

     Sebagai tambahan untuk produk mereka, Sizzix telah memperkenalkan Sizzix Fabi khusus untuk memotong kain. Pesaing terdekat mereka adalah Accuquilt yang sekian lama terkenal dikalangan "quilter". Saya tidak akan mengulas lebih lanjut tentang Accuquilt kerana saya tidak pernah menggunakan mesin ini. Walaubagaimanapun, Accuquilt adalah penyebab saya mengenal mesin pemotong dan berharap suatu masa nanti akan memiliki mesin yang boleh membantu saya memotong kain dengan lebih cepat dan tepat. Akan tetapi kerana harganya yang mahal dan susah kedapatan, saya hanya berharap akan ada satu mesin yang menyamai Accuquilt tetapi senang didapati. Hasilnya adalah Sizzix Fabi.

     Sizzix Fabi ini dikatakan untuk memotong kain tetapi sebenarnya mesin ini adalah sama dengan mesin pemotong Sizzix lain tetapi berlainan warna dan design sahaja. Bezanya pada acuan atau die yang digunakan. Untuk "quilting", acuan quilting atau applique digunakan. Sizzix Fabi Starter Kit mengandungi mesin pemotong, 2 keping plastik dan 1 acuan Flower Layers #11. Kita juga boleh mencetak timbul jika menggunakan acuan "emboss".


Antara kedai-kedai yang menjual Sizzix Fabi dan acuan-acuannya:
  • Spotlight - Berbaloi jika ada diskaun 40% kerana harganya seperti dinaikkan.
  • Kraftezee - Ada diskaun 10% untuk ahli.
  • Sus nd Felt - Terdapat banyak tutorial yang cute dalam blog.
Kelebihan:
  1. Boleh memotong kain sehingga 8 helai ( kain kapas).
  2. Boleh digunakan dengan semua acuan Sizzix yang lain kecuali yang besar-besar kerana bukaan mukanya hanya 6".
  3. Tidak perlu diasah.
  4. Memotong dengan kejituan besi.
  5. Boleh digunakan dengan acuan syarikat lain seperti Accuquilt jika digunakan dengan Multipurpose Extended Platform atau Sizzix Framelits yang nipis.
  6. Mengelek dengan mudah.
Kekurangan:
  1. Perlu digunakan dengan acuan. Acuan perlu dibeli dan setiap design berbeza acuan.
  2. Acuan sangat mahal.
  3. Banyak kain terbuang berbanding menggunakan "roller cutter" terutama potongan lurus.
  4. Tidak banyak pilihan acuan berbanding Accuquilt.
Belian (Tidak temasuk GST 6%):
Mesin - Spotlight rm249
Acuan HST 4 1/2 " - Spotlight rm71.99
Acuan Burung Hantu - Krafezee rm80.95
Multipurpose Extended Platform - Papier rm110
Acuan Tumbler - Spotlight rm71.99
Acuan HST 2 1/2" - Spotlight rm71.99
Acuan Apple Core - Spotlight rm107.99
Acuan Tiga Segi - Spotlight rm107.99

Contoh projek:
Menggunakan acuan HST 4 1/2"

Menggunakan acuan Apple Core

     Kesimpulannya mesin ini mampu mepercepatkan kerja memotong anda dan masa yang lebih boleh digunakan untuk menjahit hasil potongan. Untuk memaksimumkan perlaburan anda adalah lebih baik membeli acuan yang susah untuk dipotong dengan "roller cutter" seperti Apple Core atau yang mengambil masa untuk dipotong seperti hexagon. Untuk hasil yang lebih tepat, acuan HST atau Tumbler juga bagus dibeli. Bagi yang gemar melakukan kraftangan berasaskan felt, mesin ini sangat disarankan. Anda boleh layari blog Sus nd Felt yang mempunyai banyak tutorial menarik.

     Bagi quilter yang berminat dengan mesin ini dan sedang mengumpul maklumat acuan mana yang patut dibeli disini dilampirkan saranan dari Sizzix UK

˜@Selamat Menjahit@˜








11 Aug 2015

Rak benang dalam Bilik Menjahit

    Rak benang ni dibeli dari CekSal. Beliau mahu berhenti dari menjadi tukang jahit jadinya banyak benda yang mahu beliau jual. Apetah lagi beliau akan berpindah ke rumah baru maka lebih baik barang-barang yang tidak perlu, dikeluarkan dari rumah sekarang.

     Saya sudah lama mengidam untuk mendapatkan rak benang ini setelah melihat di rumah Kenor. Beliau membeli rak terpakai ini juga dari kedai yang sudah tutup perniagaan. Bila ada rak ini di dalam bilik menjahit terasa seperti tukang jahit profesional. Tetapi setelah membuat pencarian di alam maya, niat itu terbantut kerana harganya yang agak mahal tidak berbaloi dengan barang. Jadinya keinginan itu terpendam sahaja.

     Keadaan rak semasa diangkut dari Kuala Terengganu sedikit comot dan kotor. Selepas dibawa pulang, rak ini terus dibersihkan secepat mungkin untuk mengelakkan haiwan tidak diingini bertandang. Tombol laci juga disembur cat Sky Blue dari Toa Spray untuk menyesuaikan rak dengan tema bilik.



     Bagi memudahkan pergerakan kerana rak ini turut berfungsi sebagai tempat menjahit secara berdiri, saya memasang roda kecil berwarna putih yg dibeli dari kedai Mr DIY.

     Laci sebanyak 8 buah itu juga digunakan untuk menyimpan benang selain yang dipamerkan, zip, getah, tali bias, renda dan alatan menjahit lain.

Duit yang dikeluarkan:
Rak
Benang Astra 250m pelbagai warna 50 biji
Gunting Silver Phoenix 240mm
Pengeras pinggang
Benang getah
Gunting benang kecil
Pengeras leher baju kurung
= rm200

Roda = rm10
Cat= rm0 ( apa yang ada dirumah)


˜@Selamat Menjahit@˜



9 Aug 2015

Travel Sewing Kit

     Sewing kit ini adalah salah satu dari barang EDC atau Everyday Carry yang sentiasa ada didalam beg. Tujual asal beg versi kuning ialah untuk membawa projek Hexagon English Paper Piecing (EPP) yang telah dimulakan 3-4 tahun lepas. Projek EPP ini dalam fasa untuk mencantum kesemua bunga-bunga hexagon. Saya akan cuba menceritakan pasal EPP projek ini lebih lanjut kemudian. Tujuan beg versi merah pula ialah sebagai pendua atau ganti kepada DIY Sewing Kit yang pernah diceritakan disini.

     Beg ini diispirasikan dari tutorial Zipped Sewing Travel Case oleh Melissa@ohhow.sweet.com dan diubahsuai mengikut citarasa sendiri.


     Bahagian luar versi kuning adalah dari lebihan cebisan hexagon. Semua jahitan untuk beg ini menggunakan tangan tanpa bantuan mesin. Ini kerana beg ini dijahit semasa bekerja shift malam dan mengambil masa 3 malam untuk disiapkan. Hasilnya sangat fleksibel berbanding jahitan mesin dan senang dijahit terutama bahagian kemasan tepi yang berbuju bulat. Jahitan zip juga adalah lebih senang dengan meggunakan tangan daripada mesin. Kekurangan jahitan tangan pula ia adalah lebih lambat. Tetapi jahitan tangan memberi lebih rasa dan terapi yang baik untuk tangan dan minda.


    Bahagian dalam beg mengandungi 2 tempat isian dan satu tempat zip berplastik. Plastik yang digunakan cuma plastik pembalut buku biasa. Plastik ini mudah nampak renyuk tetapi berfungsi seperti yang dihendaki. Ditengah-tengah beg pula terdapat tali untuk memegang benang. Dihujung tali diletakkan butang ketip besi supaya benang boleh dikeluar masuk dengan mudah.



     Beg versi merah ini adalah lebihan projek selimut quilt merah. Bahagian dalam adalah lebih kurang sama seperti versi kuning cuma 2 tempat isian diterbalikkan ke atas dan dijahit tengah untuk mengisi barang kecil. Ini adalah untuk meyelesaikan masalah barang-barang terkeluar tetapi design ini juga masih gagal. Mungkin untuk seterusnya saya akan mencuba menggunakan getah sebagai pemegang.



Disini saya letakkan acuan untuk membuat beg ini sebagai rujukan masa hadapan.


˜@selamat menjahit@˜

24 Jul 2015

Beg untuk Samsung Tab S 10.5

Beg ni dah lama siap waktu mula-mula beli Samsung Tab S kat Sunway Piramid. Proses buatan mengambil masa lebih kurang 2 hari disebabkan beg ni tak ada paten atau tutorial yang berkenan jadi semua perlu dibuat sendiri dari mula.

Beg ni mengunakan batting lebihan dari Quilt yang dibeli dari Jakel dan agak tebal menyebabkan sedikit kesukaran semasa proses menjahit. Tebal batting juga membuatkan beg ini sedikit "bulky" dan kurang menarik. Mungkin untuk seterusnya batting ini perlu di"quilting"  terlebih dahulu sebelum dijahit.

Beg ini jugak hanya menggunakan "velcro" dan bukan butang keras atau zip supaya tidak mencalarkan permukaan tab.

Saiz tab : 10 x 7 x 0.3 in (245 x 173.5 x 6.6 mm)
Saiz beg : 11 x 7.5 x 0.75 in





22 Jul 2015

DIY Sewing Kit

Sewing kit  Version 2.0 yang baru siap semalam. Sebelum ni guna kain langsir bunga-bunga warna pink jugak tapi dah rosak terkena sewing wax. Lupa pulak tertinggal sewing kit ni dalam kereta di tengah-tengah panas. Sewing wax sekarang dah letak dalam bekas elok-elok kalau cair pun tak meleleh keluar.


Barang-barang di dalam sewing kit ni tak banyak bertukar cuma kalaupun yang bertukar hanya kain atau barang-barang mentah mengikut projek. Lain kali nak tunjuk barang-barang dalam kit ni satu persatu supaya senang jadi rujukan masa akan datang.



Kotak ni dibeli di PKNS Shah Alam. Harganya RM50. Gembira sangat masa jumpa kotak ni lepas bayar terus jer pakai. Tak menyempat-nyempat. Kotak ni nampak macam tak berapa tahan tapi masih lagi kukuh walaupun diheret ke sana sini.

Lepas tu jumpa banyak lagi kotak-kotak yg macam ni tapi berbeza bentuk dan saiz di Romantika Amcorp Mall. Harga pun lebih murah tapi sayang masa tu tak teringin pun nak tambah koleksi. Nampaknya kena tunggu Romantika bawak masuk sekontena lagilah.


18 Jul 2014

Label

Tengah mengemas bilik jahit. Nak tunjuk label yg baru dibuat. Idea untuk ni dh ade sejak 2 tahun lepas tapi baru sekarang berjaya. Better late than never..

Menggunakan bahan2 sedia ada. Duit keluar=0.



Dan hasil kerja lama. Perbelanjaan cuma rm9.50 utk beli cat botol.



@gee