Pages

26 Dec 2012

Bantal Sulaman Reben Pertama

Akhirnya siap jugak 2 biji bantal dengan sulaman reben. Bukan susah sangat pun tapi banyak sangat alasan yang menyebabkan tertunda hampir 5 bulan untuk bantal yang pertama. Sebenarnya nak jahit banatal ni untuk sepupu F tapi sebab dah lama sangat kira halallah pakai sendiri jer. Bantal kedua pula hanya ambil masa beberapa jam untuk disiapkan. Seronok kerja malam sekarang sebab ada masa celah-celah untuk buat kerjatangan. Besoknya dah boleh jahit 2 biji bantal sekaligus. Sangat gembira. Kurang lagi senarai WIP.

Yang pertama siap...



Semasa kerja malam...cuba buat sesama mungkin



Dah jadi 2 bantal..yeaa.


 Dah "test drive" bantal-bantal ni. Cuba tidur, penyek-penyek, hempuk-hempuk dll. Nampaknya masih kebal dan tak ada rasa geli-geli. Ikut dari pengalaman, untuk cuci pun senang cuma sumbat masuk dalam mesin basuh. Cikgu Suzana dah ajar macammana nak jahit supaya lebih tahan lasak. Teringin  lagi nak pergi kelas cikgu nak belajar teknik-teknik baru. Insyaalah kalau ada kesempatan.

No comments:

Post a Comment