Pages

30 Dec 2012

My sewing room

Just want to share some of my collections yg makin melimpah ruah. Try to be a minimalist but when it comes for fabrics and notions..no minimalism. Need to find ideas on how to organise all of them systematically.

Fabrics...

Threads...


Zippers...



Buttons etc...












29 Dec 2012

Fabrics Hunting @ Jakel Sek7

Sesi melepaskan perasaan di Jakel Seksyen 7 Shah Alam. Sempat shopping sebelum pergi kerja. Sebelum tu singgah di KFC I-city makan Hot&Spicy Shrimp. Better taste than before. Terasa pedasnya. Plan asal nak makan kat Kenny Rogers tapi bila tengok harganya terus kensel. Melampau sangat harganya tk padan dgn taste,portion even servis yg dorg offer. Baik gi KFC dpt mkn free. Hehe. Beli muffin 1/2 dozen then mkn kat KFC dgn F. Jimat duit boleh beli kain byk2. Total: 7m= RM100. Happy!


28 Dec 2012

Fabrics Hunting @ Kamdar IOI Mall

YES. Cari kain Japanese cotton yg paling murah coz budget bulan ni sikit jer. Ada yg rm6 rm5 semeter dan rm3 semeter. Kalu ade peluang nk pegi lg utk tambah beli kain yg rm3 semeter tu. Total rm118. Happy!!




Ps: adik salesgirl tu tanya apa nk buat ngan kain ni. Hehe...ku jwp wat colection cuci mata jer..hahaha.

27 Dec 2012

Kotak Tisu Petron

2 minggu lepas dapat sekotak tisu percuma dari Petron sempena pembukaan stesen minyak baru (ganti esso-mobil) depan rumah ni. Tapi kena buat pembelian RM40 dulu. Ingatkan saiznya besar macam kotak tisu biasa rupa-rupanya "tipah tertipu". Kotaknya lagi kecil dari separuh kotak biasa. Tapi dah sebab percuma ambil saja lah. Lepas tu rasa macam best jugak kalau buatkan sarungnya.

Hasilnya..dengan ropol-ropol di bahagian bawah.


26 Dec 2012

Bantal Sulaman Reben Pertama

Akhirnya siap jugak 2 biji bantal dengan sulaman reben. Bukan susah sangat pun tapi banyak sangat alasan yang menyebabkan tertunda hampir 5 bulan untuk bantal yang pertama. Sebenarnya nak jahit banatal ni untuk sepupu F tapi sebab dah lama sangat kira halallah pakai sendiri jer. Bantal kedua pula hanya ambil masa beberapa jam untuk disiapkan. Seronok kerja malam sekarang sebab ada masa celah-celah untuk buat kerjatangan. Besoknya dah boleh jahit 2 biji bantal sekaligus. Sangat gembira. Kurang lagi senarai WIP.

Yang pertama siap...



Semasa kerja malam...cuba buat sesama mungkin



Dah jadi 2 bantal..yeaa.


 Dah "test drive" bantal-bantal ni. Cuba tidur, penyek-penyek, hempuk-hempuk dll. Nampaknya masih kebal dan tak ada rasa geli-geli. Ikut dari pengalaman, untuk cuci pun senang cuma sumbat masuk dalam mesin basuh. Cikgu Suzana dah ajar macammana nak jahit supaya lebih tahan lasak. Teringin  lagi nak pergi kelas cikgu nak belajar teknik-teknik baru. Insyaalah kalau ada kesempatan.