Pages

24 Jul 2015

Beg untuk Samsung Tab S 10.5

Beg ni dah lama siap waktu mula-mula beli Samsung Tab S kat Sunway Piramid. Proses buatan mengambil masa lebih kurang 2 hari disebabkan beg ni tak ada paten atau tutorial yang berkenan jadi semua perlu dibuat sendiri dari mula.

Beg ni mengunakan batting lebihan dari Quilt yang dibeli dari Jakel dan agak tebal menyebabkan sedikit kesukaran semasa proses menjahit. Tebal batting juga membuatkan beg ini sedikit "bulky" dan kurang menarik. Mungkin untuk seterusnya batting ini perlu di"quilting"  terlebih dahulu sebelum dijahit.

Beg ini jugak hanya menggunakan "velcro" dan bukan butang keras atau zip supaya tidak mencalarkan permukaan tab.

Saiz tab : 10 x 7 x 0.3 in (245 x 173.5 x 6.6 mm)
Saiz beg : 11 x 7.5 x 0.75 in





22 Jul 2015

DIY Sewing Kit

Sewing kit  Version 2.0 yang baru siap semalam. Sebelum ni guna kain langsir bunga-bunga warna pink jugak tapi dah rosak terkena sewing wax. Lupa pulak tertinggal sewing kit ni dalam kereta di tengah-tengah panas. Sewing wax sekarang dah letak dalam bekas elok-elok kalau cair pun tak meleleh keluar.


Barang-barang di dalam sewing kit ni tak banyak bertukar cuma kalaupun yang bertukar hanya kain atau barang-barang mentah mengikut projek. Lain kali nak tunjuk barang-barang dalam kit ni satu persatu supaya senang jadi rujukan masa akan datang.



Kotak ni dibeli di PKNS Shah Alam. Harganya RM50. Gembira sangat masa jumpa kotak ni lepas bayar terus jer pakai. Tak menyempat-nyempat. Kotak ni nampak macam tak berapa tahan tapi masih lagi kukuh walaupun diheret ke sana sini.

Lepas tu jumpa banyak lagi kotak-kotak yg macam ni tapi berbeza bentuk dan saiz di Romantika Amcorp Mall. Harga pun lebih murah tapi sayang masa tu tak teringin pun nak tambah koleksi. Nampaknya kena tunggu Romantika bawak masuk sekontena lagilah.